Perkhidmatan Samsung SDS

Samsung SDS menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat profesional,[10][11] platform dan penyelesaian[Penjelasan diperlukan],[12][13] dan infrastruktur teknologi maklumat,[14][15] untuk industri perkilangan,[16][17] kewangan,[18][19] dan perkhidmatan.[20][21][22][23] Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan penyumberan luar proses perniagaan logistik untuk logistik global dan perkhidmatan teknologi maklumat khas logistik.[24][25] Syarikat ini memiliki pelbagai platform, alat, dan perkhidmatan yang menggunakan kecerdasan buatan, rantai blok, awan, analisis data, dan teknologi berasaskan keselamatan.

Perkhidmatan teknologi maklumat

Samsung SDS menyediakan perundingan projek-unit dan perkhidmatan SI dengan menganalisis masalah perniagaa menggunakan rencana induk teknologi maklumat, inovasi proses, perancangan strategi maklumat, kelincahan, dan CX.[26] Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan analisis, perancangan, dan pengembangan aplikasi untuk pelbagai keperluan, bermula dari pengurusan perniagaan, pengurusan rantaian bekalan, pengurusan hubungan pelanggan, dan analisis pengeluaran.[27]

Melalui perkhidmatan infrastruktur stabil, syarikat ini menyediakan perkhidmatan awan, pusat data, rangkaian, dan keselamatam untuk pelbagai industri.[28] Perkhidmatan penyumberan luar aplikasi milik syarikat ini menyokong sumber daya, seperti kepegawaian, peranti mudah alih, dan sumber daya maklumat.[29]

Platform dan penyelesaian

Platform

Platform analisis data milik syarikat ini, Brightics AI, menyediakan perkhidmatan analisis, visual, dan percakapan. Platform tersebut menggabungkan pembelajaran mesin, pembelajaran dalaman, pemprosesan bahasa semulajadi, dan Chatbot, yang dapat diterapkan untuk pelbagai tujuan. Platform itu digunakan di sektor pembuatan,[30] pembinaan,[31] logistik,[32] dan peruncitan.[33] Syarikat ini juga memiliki versi terbuka dari platform tersebut yang diberi nama Brightics Studio.[34]

Brightics IoT ialah sebuah platform Internet benda yang dirancang untuk mengoptimakan pengumpulan dan pemprosesan data dari pelbagai peranti, serta sistem terdahulu. Platform tersebut menyokong pelbagai protokol komunikasi, seperti MQTT, Constrained Application Protocol (CoAP), Bluetooth Low Energy (BLE), Zigbee, dan Modbus. Platform tersbeut digunakan di industri pembuatan, pembinaan, bandar pintar, dan bangunan pintar.

Syarikat ini melancarkan Nexledger, sebuah platform rantai blok korporat pemilikan pada tahun 2017. Platform tersebut direka untuk mengintegrasikan pelbagai algoritma konsensus rantai blok, seperti Ethereum dan Hyperledger Fabric. Nexledger, dan turunannya, Nexledger Universal, telah digunakan oleh pelbagai industri. Bersama ABN AMRO Bank dan Pelabuhan Rotterdam, syarikat ini membangunkan platform DELIVER untuk menyokong dokumentasi, penyerahan aset, dan pencegahan pembayaran ganda pada pengapalan logistik antarabangsa.[35] Samsung SDS juga membuat sistem pengesahan berasaskan rantai blok untuk Persekutuan Bank Korea, sehingga nasabah dapat mengadakan transaksi dari beberapa bank menggunakan pensijilan dari satu bank sahaja.[36] Syarikat ini juga berkolaborasi dengan IBM untuk membangunkan Accelerator, yang meningkatkan hasil transaksi pada Hyperledger Fabric dengan kelipatan 10.[37]

Samsung SDS juga melancarkan peranti mudah alih kecerdasan buatan korporat, Brity pada tahun 2017, dan bertukar nama menjadi Brity RPA.[38] Brity RPA ialah sebuah alat automasi cerdas perbualan yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan seperti chatbot, optical character recognition (OCR), dan pembelajaran mesin untuk meningkatkan produktiviti kerja.[39] Syarikat ini mengembangkan fungsi seperti pengesyoran proses kerja automatik berdasarkan analisis log pengguna dan membangunkan alat yang mengarah pada hiperautomasi terintegrasi dengan penambahan proses dan bot yang dapat belajar sendiri, sehingga dapat mengautomasi pelbagai proses kerja. Pada Mei 2019, syarikat ini membuka sebuah portal automasi perniagaan untuk melatih pegawai menggunakan Brity RPA dan mengaplikasikannya untuk pekerjaan yang berulang. Dengan Brity RPA, 15.000 pegawai dapat menjimatkan 550.000 jam dalam sembilan bulan. Peranti mudah alih tersebut mengurangkan jam kerja di seluruh kawasan perniagaan, termasuk logistik, operasi teknologi maklumat, dan pembelian, serta meningkatkan kualiti pemeriksaan dengan mengurangkan kesilapan manusia.[40]